101 Essays That Will Change The Way You Think - Brianna Wiest (Edisi Bahasa Mela
20%
Buku Terlaris Antarabangsa yang Diterjemahkan ke Lebih 30 Bahasa
101 Essays That Will Change The Way You Think merupakan buku terlaris global dan fenomena media sosial yang mengumpulkan karya-karya pilihan penulis Brianna Wiest yang paling digemari. Refleksi dalam buku ini meliputi mengapa kita harus mengejar tujuan hidup berbanding sekadar minat, cara menerima pemikiran negatif, mencari kebijaksanaan dalam rutin harian, serta kesedaran terhadap bias kognitif yang mempengaruhi pandangan kita terhadap kehidupan. Sebahagian daripada esei ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini, manakala yang lain telah dibaca oleh jutaan pembaca di seluruh dunia. Namun, setiap satunya mampu memberi kesan mendalam dan mengubah cara anda berfikir: idea-idea ini benar-benar mengubah hidup saya.
TENTANG PENULIS
Brianna Wiest ialah penulis terlaris antarabangsa bagi buku 101 Essays That Will Change The Way You Think, The Mountain Is You, This Is How You Heal, dua koleksi puisi dan banyak lagi. Buku-bukunya telah terjual lebih daripada 1 juta naskhah, sering tersenarai dalam carta buku terlaris global, dan kini sedang diterjemahkan ke dalam lebih 20 bahasa di seluruh dunia.
“Ini salah satu buku terbaik yang pernah saya baca. Lepas habis baca, cara saya melihat hidup dan diri sendiri terus berubah. Gaya penulisannya sangat cantik dan menyentuh hati. Saya rasa sangat difahami dan pada masa yang sama buku ini mencabar saya untuk ubah perspektif dan cara saya hadapi hidup.” Alyssa Vedda
“Buku ini memberi saya banyak mutiara hikmah yang berharga, walaupun saya sudah banyak membaca tentang pembangunan diri sebelum ini. Ia benar-benar membuka perspektif saya tentang cinta, hubungan dan emosi dengan cara yang mendalam. Saya sangat mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang ingin menjalani hidup yang lebih bermakna dan penuh kepuasan.”
