top of page

30 DAYS - Change your habits, Change your life - Marc Reklau (EDISI BAHASA MELAY

RM 40.00 Regular Price
RM 32.00Sale Price

20%

Quantity

Penat menunggu jalan hidup yang mudah? Ubah cara anda berfikir dengan beberapa langkah mudah dan mula mengawal perjalanan hidup anda ke arah kebahagiaan.


Adakah anda merasakan peluang baik sering terlepas daripada genggaman anda? Bimbang tidak menikmati hidup sepenuhnya? Kecewa melihat keyakinan diri semakin pudar? Penceramah dan jurulatih korporat, Marc Reklau, pernah mengalami rasa putus asa akibat kehilangan pekerjaan, tetapi akhirnya berjaya mencapai impiannya dengan menerapkan satu set latihan yang dirancang dengan teliti. Kini, beliau ingin berkongsi kaedah mudah yang boleh membantu anda mencapai potensi terbaik diri anda.


30 Days: Change Your Habits, Change Your Life ialah panduan yang membantu anda menjadi mentor dan jurulatih kepada diri sendiri. Diilhamkan daripada lebih 25 tahun kajian tentang pelbagai falsafah dunia, Marc Reklau menyusun panduan ini dengan tugasan harian, kisah inspirasi, dan langkah mudah yang boleh dilakukan. Dengan mengikuti rancangan yang jelas ini, anda boleh membuka jalan menuju kebebasan, kegembiraan, dan kejayaan dalam setiap aspek kehidupan.


Dalam 30 Days: Change Your Habits, Change Your Life, anda akan belajar:

• Cara mengubah hala tuju hidup dalam hanya satu bulan supaya anda lebih bersemangat setiap hari.

• Pendekatan berdasarkan sains, neurosains, dan psikologi positif yang terbukti dapat meningkatkan mood anda.

• Teknik untuk menguatkan disiplin dan komitmen supaya anda lebih mudah mencapai kejayaan.

• Panduan membina hubungan yang bernilai dan berkekalan didalam tahun-tahun yang mendatang.

• Teknik menggantikan usaha separuh hati dengan tabiat yang lebih berkesan, mendapatkan kejelasan dalam hidup, dan banyak lagi!


30 Days: Change Your Habits, Change Your Life ialah panduan untuk masa depan yang lebih cerah dan merupakan buku pertama dalam siri Change Your Habits, Change Your Life. Jika anda gemar pemikiran positif, contoh yang mudah difahami, dan panduan yang boleh terus diamalkan, anda pasti akan menghargai perkongsian berharga daripada Marc Reklau ini.

    AcePremier is a leading book publisher and media company based in Kuala Lumpur. We offer the complete book publishing and printing services in both Malaysia and Singapore.

    Contact us today to publish your book and reach your audience.

    ]

    AcePremier.com Sdn Bhd

    (Company Registration No. 200801027944 (829271-K)

    N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1,
    Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. 


                  +603-6203 2522

    ​              info@acepremier.com

    • Facebook
    • shopee-logo-png_seeklogo-326282
    • TikTok
    • Whatsapp

    member of MABOPA

    mabopa_logopng.png

    ©2026 by Acepremier. com

    bottom of page