How to Hug a Porcupine - DR, Debbie Ellis (Edisi Bahasa Melayu)
20%
Temui 101 strategi komunikasi mudah untuk berdepan dengan individu yang sukar—di rumah, di tempat kerja, dan dalam komuniti anda!
Pelajari cara menenangkan “duri-duri” ibu bapa, anak anak, rakan sekerja, malah orang asing yang sukar. Kebanyakan daripada kita mengenali seseorang yang sering menimbulkan masalah atau menjengkelkan orang lain. Hakikatnya, individu yang dianggap bermasalah ini tidak semestinya memilih untuk menjadi begitu.
Kadangkala, kita yang perlu mempelajari pendekatan baharu untuk berurusan dengan mereka yang lebih sukar untuk difahami, disukai, atau disayangi. Panduan ringkas ini menjelaskan bahawa berdamai dengan orang lain tidaklah sesukar atau seteruk yang kita sangkakan.
Melalui 101 tip praktikal, buku ini menunjukkan cara untuk menyayangi dan mengurus individu yang “berduri” dalam hidup anda—sama ada untuk menenangkan ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, rakan sekerja, atau bahkan orang asing.
Sejak tular di TikTok, ribuan orang telah menemui keberkesanan amalan Dr. Debbie Joffe Ellis. Dengan kata pengantar oleh Dr. Ellis sendiri, How to Hug a Porcupine ialah sebuah karya moden yang akan membantu anda menyelesaikan konflik, berkomunikasi dengan lebih berkesan, serta menjalani kehidupan dengan lebih sabar, empati, dan penuh kebaikan.
