ScamAlert Junior: Comic Anthology for Digital Safety Awareness - Buku 1
Perkembangan teknologi dan AI membawa pelbagai peluang baharu, membuatkan kehidupan bergerak semakin pantas. Dalam kesibukan seharian, masa untuk berbual di meja makan bersama keluarga semakin berkurangan. Namun, tiada perlindungan yang lebih utuh bagi seorang anak selain rasa disayangi oleh keluarganya. Apabila kita meluangkan masa untuk duduk, mendengar, dan saling berkongsi, rumah akan kembali menjadi tempat yang penuh kepercayaan, keharmonian, dan kasih sayang.
ScamAlert Junior Buku 1, Lindungi Diri. Lindungi Rakan bermula daripada sudut pandang anak-anak itu sendiri. Menerusi empat jalan cerita berinspirasikan kes sebenar dan menampilkan watak tempatan yang dekat di hati, komik ini mendidik kanak-kanak cara mengecam tekanan, berhenti sejenak, dan membuat pilihan yang bijak. Setiap cerita menerapkan satu amalan mudah yang menyeronokkan untuk diingati: Perlahan. Tanya. Beritahu.
Di sebalik halaman ini ada satu kepercayaan yang ringkas. Kanak-anak yang dididik untuk berhenti sejenak dan meluahkan perasaan kepada insan dipercayai akan membesar menjadi insan yang berkeyakinan, berbudi pekerti, dan penuh kasih sayang. Komik 76 muka surat dalam Bahasa Melayu ini direka khas untuk murid sekolah rendah darjah 4 hingga 6 (berumur 10 hingga 12 tahun). Ia turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan PBB (SDG 4: Pendidikan Berkualiti & SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh). Belajar bersama rakan. Membesar dengan kasih sayang.
Tentang penulis Ts. Lukas J. Tan ialah seorang usahawan teknologi dan penulis tempatan dari Malaysia. Memegang prinsip bahawa ilmu berupaya memupuk nilai kemanusiaan, beliau giat menyampaikan pendidikan kesedaran penipuan (scam) secara interaktif di sekolah-sekolah, serta kerap dijemput dalam rancangan TV1 dan RTM.
