The 5 Second Rule - Mel Robbins (Edisi Bahasa Melayu)
20%
Ketahui cara terpantas untuk mengubah hidup anda.
The 5 Second Rule ialah rahsia untuk mengubah apa sahaja tentang hidup anda. Anda boleh menggunakan peraturan ini dan kaedah kiraan mundur untuk menghentikan tabiat buruk, mematikan keraguan diri serta fikiran negatif, dan memaksa diri anda untuk bertindak, iaitu tindakan yang akan mengubah hidup anda.
Jika anda berdepan masalah motivasi…
Jika anda penat meragui diri sendiri…
Jika anda tahu apa yang anda mahukan tetapi tidak dapat memaksa diri untuk mencapainya, Anda PERLU membaca The 5 Second Rule.
Rahsia untuk mengubah hidup anda bukanlah sekadar tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi tahu bagaimana memaksa diri untuk melakukannya.Ia adalah alat yang mudah, disokong oleh kajian sains, dan telah mengubah kehidupan berjuta-juta orang. Ia akan berkesan untuk anda juga.
Dengan menggunakan sains tabiat, kisah-kisah menarik dan fakta mengejutkan daripada detik-detik bersejarah yang terkenal, Mel Robbins menjelaskan kuasa di sebalik keputusan lima saat. Anda juga akan berjumpa dan diilhamkan oleh ratusan orang di seluruh dunia yang menggunakan peraturan ini untuk mencapai matlamat, merealisasikan potensi, dan mengejar impian mereka.
Dalam buku ini, anda akan mempelajari kisah sebenar yang menginspirasikan tentang bagaimana Mel mencipta The 5 Second Rule ketika detik paling sukar dalam hidupnya, saat beliau berdepan dengan kebimbangan dan masalah kewangan yang begitu teruk sehingga hampir tidak mampu bangun dari katil.
Sejak mencipta peraturan itu, Mel telah berkongsi ilmunya dengan penonton di seluruh dunia, jenama terkenal, dan individu yang mahu membuat perubahan sebenar dan berkekalan.
Mudah, boleh diakses, disokong oleh sains, dan terbukti berkesan. Anda hanya lima saat sahaja daripada kehidupan yang sepenuhnya berbeza. Baca buku ini dan anda akan mengetahui rahsia untuk menciptanya.
