The Art of Letting Go - Damon Zahariades (Edisi Bahasa Melayu)
20%
Adakah anda sedang bergelut dengan kemarahan, penyesalan, dan dendam? Adakah anda berasa letih secara emosi, tertekan, dan kecewa oleh kenangan yang menyakitkan? Adakah anda berpegang pada perkara yang membuat anda menderita?
Jika ya, THE ART OF LETTING GO adalah untuk anda.
Bayangkan apabila anda dapat melepaskan kekacauan emosi yang membebankan anda. Bayangkan pada akhirnya anda berjaya membebaskan diri daripada pemikiran yang negatif dan kenangan pahit yang menekan anda.
THE ART OF LETTING GO memberi anda set panduan lengkap yang boleh anda gunakan untuk mengatasi penderitaan emosi yang memusnahkan kualiti hidup anda.
Anda akan mempelajari pelbagai strategi yang boleh dimanfaatkan untuk mengubah kesan bertahun-tahun kondisi mental negatif. Anda akan menemui cara untuk melatih semula minda anda dan melenyapkan corak pemikiran yang melemahkan.
Anda akan menerima semua alat yang anda perlukan untuk akhirnya melepaskan sauh emosi yang menjadi tembok untuk menikmati hidup sepenuhnya.
Dalam THE ART OF LETTING GO, anda akan menemui:
• 20 perkara paling biasa yang manusia enggan lepaskan (dan akibatnya hanya membawa penderitaan)
• Mengapa begitu sukar untuk membuang fikiran negatif dan kenangan pahit
• Cara menghentikan suara kritikan dalaman yang menyakitkan dan melemahkan diri anda
• Mengapa kita sering mengagungkan masa lalu, dan bagaimana ia membuatkan kita terus terperangkap dalam kesakitan emosi (serta teknik untuk memutuskan kitaran ini)
• Bagaimana usaha untuk membuat diri sendiri gembira sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kesedihan
• Salah satu cara paling berkuasa dan mudah untuk melepaskan sesuatu (dan anda boleh menggunakannya serta-merta!)
BONUS ISTIMEWA Selain 21 strategi ampuh untuk menghadapi dan melepaskan fikiran serta emosi negatif, anda juga akan menerima 3 BONUS strategi tambahan! Teknik-teknik ini jarang dibincangkan, tetapi sangat berkesan. Lebih daripada itu, setiap strategi disertakan dengan latihan praktikal supaya anda boleh terus mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika anda sudah letih dibelenggu kenangan pahit, rasa dendam, penyesalan, rasa malu, dan emosi lain yang melemahkan, inilah masanya untuk melakukan perubahan yang positif dan bermakna.
