top of page

The Wealth Money Can't Buy - Robin Sharma

RM 55.00 Regular Price
RM 44.00Sale Price

20%

Quantity

Sebuah buku inovatif yang mentakrif semula kejayaan, menunjukkan kepada pembaca bagaimana membina kehidupan yang benar-benar melimpah dan bermakna melalui Model 8 Bentuk Kekayaan oleh Robin Sharma— penulis, penceramah, dan pakar kepimpinan bertaraf antarabangsa nombor satu.


Kekayaan sebenar jauh melampaui wang di bank, kereta mewah di halaman rumah, dan percutian eksklusif di pulau-pulau eksotik. Terlalu ramai orang yang kaya dari segi kewangan sebenarnya miskin apabila melibatkan perkara yang benar-benar penting untuk kebahagiaan, kecergasan, dan ketenangan hidup.


Masyarakat telah menjual kepada kita satu versi kejayaan yang menyebabkan ramai berasa kosong, kecewa, dan penuh penyesalan. Namun, ada cara hidup yang jauh lebih baik.


Dalam The Wealth Money Can’t Buy, anda akan menemui satu sistem yang mampu mengubah hidup untuk membantu anda menjalani kehidupan paling bermakna sebelum terlambat. Anda akan mempelajari satu rangka kerja berdasarkan lapan tabiat tersembunyi yang diamalkan oleh individu yang benar-benar kaya, serta memperoleh kaedah untuk menguasai takdir hidup anda.


Buka buku ini dan biarkan seorang mentor yang dipercayai berkongsi pandangan berharga, termasuk: 

• cara menjadi pencipta “detik sempurna” 

• mengapa pilihan pasangan hidup menentukan 90% kebahagiaan anda 

• kuasa “Soalan 10,000 Makan Malam” 

• tabiat tersembunyi individu yang benar-benar kaya 

• kehebatan “menghilang seketika” selama setahun


Pakar pembangunan diri terkenal, Robin Sharma telah membimbing jutawan, atlet bertaraf dunia, dan pemimpin negara, mengajar Model 8 Bentuk Kekayaan dengan hasil yang transformasi. Kini, anda juga boleh mempelajarinya dan mencipta kehidupan impian anda. Dipenuhi dengan alat praktikal dan strategi transformasi, The Wealth Money Can’t Buy menawarkan sebuah falsafah dan pendekatan yang mampu mengubah hidup untuk menikmati kehidupan yang benar-benar kaya— sarat dengan kekuatan jati diri, keaslian yang luar biasa, kerja yang mendamaikan jiwa, dan gaya hidup yang membuatkan anda akhirnya merasakan bahawa tuah akhirnya kini menyebelahi anda.

    AcePremier is a leading book publisher and media company based in Kuala Lumpur. We offer the complete book publishing and printing services in both Malaysia and Singapore.

    Contact us today to publish your book and reach your audience.

    ]

    AcePremier.com Sdn Bhd

    (Company Registration No. 200801027944 (829271-K)

    N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1,
    Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. 


                  +603-6203 2522

    ​              info@acepremier.com

    • Facebook
    • shopee-logo-png_seeklogo-326282
    • TikTok
    • Whatsapp

    member of MABOPA

    mabopa_logopng.png

    ©2026 by Acepremier. com

    bottom of page